Teater bangsawan
merupakan satu pementasan teater
tradisional yang menekankan gaya bahasa , cara percakapan dan gerak laku yang
digayakan .Teater ini lain dari teater moden yang lebih berbentuk kepada
realisme. Bangsawan ialah sebuah teater yang mendramakan kisah seorang wira
atau wirawati. Sejak teater bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun
1880-an,wujudlah sesuatu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat
popular dan memonopoli kegiatan teater Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu
berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia.
Asal mula bangsawan
sebenarnya bukanlah dari Malaysia, sebaliknya bangsawan lahir daripada
pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1870-an, Pulau
Pinang telah meneriam pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang
Parsi atau Mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan mengunakan
Bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan
dari India . Wayang Parsi ini kemudian diambil alih oleh tuan dari kalangan
Jawi Pekan tempatan bernama Mohamed Pusi pada tahun 1884 dan diberikan nama
wayang Bangsawan. Nama kumpulan bangsawan pertama ialah Pusi Indera Bangsawan
of Penang yang bergiat pada tahun 1885 dan menggunakan Bahasa Melayu.
Kumpulan ini bergerak ke seluruh tanah air hingga ke Sumatera. Di Kuala Lumpur,
tapak Sungei Wang Plaza dahulunya merupakan tempat bangsawan dipentaskan dan
dikenali sebagai Happy World. Kumpulan-kumpulan yang telah bergiat cergas sejak
kumpulan pertama terlalu banyak jumlahnya. Kumpulan yang lebih lama bergiat
adalah seperti Nahar Bangsawan Malaysia Opera, Kinta Opera, Indera Bangsawan of
Penang, City Opera, Penisular Opera, Seri Permata Opera, Jaya Opera, Zanzibar
Bangsawan, Dean Union Opera, Gray Opera, Indera Permata of
Selangor,Constantinople Opera, Rahman Opera, Kencana Wati Opera, Bangsawan
Jenaka Melayu dan Bolera Opera.
Jadi , Apakah
yang menyebabkan teater bangsawan popular?
Antara factor yang menyebabkan
teater bangsawan ini popular ialah teater bangsawan menpunyai sifat terpenting
dalam drama-drama tradisional iaitu improvisasi. Improvisasi ialah cara
persembahan drama yang dilakukan tanpa berdasarkan kepada naskhah bertulis,
sebaliknya hanya berdasarkan kepada rangka dasar (tema dan plot dasar) sesebuah
cerita sahaja. Pengembangan cerita dari tema dan plot dasar itu, termasuk
dialog dan lakonan adalah hasil kreativiti pelakon dan pengarah. Sifat
improvisasi ini menyebabkan drama-drama tradisional tidak pernah melahirkan
naskhah bertulis dan ia memang tidak memerlukan naskhah bertulis kerana konsep
drama itu sendiri bukanlah untuk dibaca, tetapi untuk ditonton dan didengar. Improvisasi
dalam bangsawan merangkumi semua aspek lakonan : mental , fizikal ,dan
lisan.Aspek fizikal meliputi pergerakan , gerak isyarat , bisnes pentas ,gerak
tari,mima,persilatan dan adegan lasak. Aspek lisan dari segi pengucapan
dialog,nyanyian ,bernasib ,berbalas pantun ,bersyair ,monolog,soliloki dan
bisik-kuat. Dari segi
mental menjurus kepada setiap lakuan yang dicetuskan pada detik-detik itu sama
ada fizikal, lisan atau emotional. Segala lakuan improvisasi yang dihasilkan
ini bertitik tolak daripada scenario yang dibekalkan oleh pengarah. Para
pelakon akan mengimprovisasi scenario dan watak yang dipegangnya hingga ke
akhir cerita. Dalam bangsawan , para pelakon bukan sahaja menjadi pelakon malah
juga menjadi penulis skrip yang dihasilkan bukan melalui tulisan tetapi
perlakuan aksi pada saat-saat itu. Jadi , para pelakon tidak perlu menghabiskan
berjam-jam lamanya menghafal dialog dan apabila masa tiba waktunya mereka akan
menampilkan diri mereka di atas pentas lantas mengimprovisasikannya berdasarkan
watak , cerita dan adegan.Improvisasi berkaitan dengan kecerdasan mental yang
ada pada pelakon , jadi, para pelakon bangsawan harus peka dengan penontonnya.
Faktor
seterusnya ialah cerita-cerita yang dipersembahkan
didominasi oleh unsur-unsur dongeng dan khayal, struktur plot cerita-cerita
tersebut bersifat episodik. Penggunaan
puisi lama dan bahasa berirama juga digunakan dalam bangsawan. Lakonannya
dilakukan secara stylize (tidak bersahaja) dan persembahannya dimulakan dengan
upacara pembukaan yang agak ritualistik, dan menggabungkan unsur-unsur muzik, nyanyi,
tari (termasuk silat) dan jenaka. Walaupun dalam aspek-aspek tersebut bangsawan
masih meneruskan ciri-ciri teater tradisional dan kerana itu dapat digolongkan
sebagai satu daripada bentuk teater tradisional, tetapi dalam beberapa aspek
yang lain ia telah membawa beberapa pembaharuan yang penting dalam perkembangan
drama Malaysia, hingga tidak tepat lagi kalau hendak kita golongkan sebagai
teater tradisional. Inilah keistimewaan yang menjadikan teater bangsawan
popular.
Faktor seterusnya ialah
bangsawan menggunakan tirai penutup hadapan pentas yang tidak pernah digunakan
oleh teater-teater sebelum ini. Teater-teater tradisional mempersembahkan
cerita-cerita mereka tanpa berhenti untuk suatu persembahan. Sebuah cerita
selalunya memerlukan lebih dari satu persembahan. Persembahan tanpa berhenti
begini dapat dilakukan kerana teater-teater tradisional tidak menggambarkan
latar ruang cerita-cerita mereka secara visual, tempat berlakunya cerita juga
tidak digambarkan pada pentas, sebaliknya digambarkan melalui dialog dan aksi
pelakon bangsawan. Teater ini memerlukan tirai hadapan untuk melindungi
kerja-kerja persiapan dan penukaran setting pentas. Tirai ini juga berfungsi
membahagikan cerita kepada babak-babak, di mana di antara babak-babak itu
diadakan pula acara selingan yang dipanggil extra-turn, berupa nyanyian,
tarian, dan kadang-kadang lawak jenaka. Latar tempat dalam bangsawan
digambarkan terutamanya dengan tirai pemandangan - tirai yang dilukis dengan gambar-gambar
tertentu sesuai dengan kehendak cerita - yang digantung menutupi dinding
belakang pentas, dan apabila perlu (tidak selalu) gambaran itu dilengkapkan
lagi dengan perabot-perabot yang lain, seperti singgahsana raja dan sebagainya.
Gambaran latar tempat atau setting pentas ini merupakan satu daripada ciri-ciri
penting teater bangsawan. Lebih natural dan indah pemandangan setting tirainya
boleh menyebabkan kumpulan bangsawan itu lebih diminati dan terkenal.
Selain itu , satu perkara yang dipanggil “tasmat" yang
agak perlu diberi perhatian telah menjadikan bangsawan popular. Tasmat ialah
suatu macam keajaiban yang diperlihatkan, melalui kemahiran-kemahiran teknikal
secara sebenar di atas pentas; misalnya orang menjelma, rumah terbakar, orang terbang
dan seumpamanya. Perkara-perkara tasmat ini berkait dengan setting, tidak
ditunjukkan secara stailais ataupun simbolik, sebaliknya cuba ditunjukkan
secepat mungkin. Apa yang dimaksudkan dengan sebenar di sini ialah tasmat
sebegitu rupa agar penonton akan dapat melihat perkara-perkara itu adalah
benar-benar berlaku. Bangsawan bukanlah drama realisme, tetapi
dramatis-dramatis bangsawan sekurang-kurangnya dalam dua aspek tadi berbeza
dengan dramatis-dramatis tradisional di mana telah mencuba menggunakan sedikit
unsur realisme dalam bangsawan.
Teater bangsawan popular
kerana persembahannya
berbeza daripada teater-teater tradisional yang lain. Teater tradisional
mempunyai batasan cerita tertentu iaitu mementaskan cerita dari sumber tertentu
sahaja. Misalnya, makyong mempunyai dua belas cerita asal: tiga cerita dari
kumpulan Anak Raja Gondang, enam cerita dari kumpulan Dewa Tujuh, cerita Raja
Muda La Leng, Raja Muda Lembek, dan Anak Raja Tangkai Hati. Cerita-cerita asal
wayang kulit pula adalah cerita-cerita yang bersumberkan epik Hindu iaitu
cerita Ramayana, atau yang dikenali dalam kesusasteraan Melayu sebagai Hikayat
Seri Rama. Cerita-cerita selain daripada itu yang dimainkan dalam wayang kulit
adalah dari pengaruh-pengaruh yang datang kermudian. Bangsawan mempunyai sumber
cerita yang tidak terbatas. Sama ada cerita-cerita itu datang dari dongeng,
cerita rakyat, sejarah, Hindu, Timur Tengah, Jawa, Bali, China, Eropah -
asalkan cerita-cerita itu dijangka akan mendapat sambutan dari penonton. Yang
menentukan repertoire atau perbendaharaan cerita-cerita bangsawan ialah
penonton, kerana ukuran mutu teater bangsawan, berbeza dari teater-teater
tradisional, ditentukan oleh bilangan penonton yang datang menonton, sesuai
dengan sifatnya sebagai seni komersial-profesional. Bangsawan lahir dengan sifat dan fungsi
hiburan dan terus berkembang menjadi bentuk hiburan popular di samping menjadi
seni komersial dan profesional. Kalau ada sedikit-sedikit upacara yang
ritualistik di dalamnya, itu lebih merupakan faktor luaran yang diwarisi dari
kepercayaan lama. Bangsawan mendapatkan kemasyhuran kerana mereka sentiasa
berusaha untuk memenuhi kepuasan selera penonton dan penontonlah yang membiayai
kehidupannya. Dapatlah dikatakan bahawa fungsi hiburan bangsawan lebih terbuka
dibandingkan dengan teater tradisional. Isi dan bentuknya sentiasa terbuka
kepada perubahan, asalkan perubahan itu menjaminkan penonton yang lebih ramai.
Ini bermakna audien terlibat secara langsung dalam menentukan bentuk dan isi
bangsawan. Kerana sifat yang flexible inilah maka bangsawan dalam konteks
zamannya telah menjadi satu persembahan yang berjaya menghapuskan perbezaan
kelas masyarakat yang meminatinya. Penonton bangsawan terdiri dari seluruh
lapisan masyarakat, dari golongan atasan hingga golongan bawah.
Kemunculan bangsawan sebagai satu bentuk teater atau seni hiburan yang
bebas dari naungan pemerintah dan mendapat sambutan yang begitu hebat dari
seluruh lapisan masyarakat hingga berjaya menjadi suatu macam perusahaan yang
menguntungkan adalah merupakan suatu fenomena baru dalam kehidupan kebudayaan
Melayu. Bangsawan tersebar ke seluruh pelusuk negara dengan menggunakan bahasa
Melayu standard yang dapat difahami oleh penonton-penonton dari semua daerah,
menjadi-kannya teater Melayu pertama bertaraf nasional. Sambutan hebat yang
diberikan masyarakat kepada pertunjukan-pertunjukan bangsawan telah
menggerakkan orang-orang kaya dan pengusaha-pengusaha untuk menjadikannya suatu
perusahaan bagi mencari untung. Bangsawan menjadi seni teater Melayu yang
pertama bersifat dan berfungsi komersial. Ini melibatkan pula bangsawan ke
dalam satu sistem organisasi moden. Keperluan modal yang besar untuk mengadakan
keperluan¬keperluan pementasan, membayar gaji para pelakon dan pekerja,
perbelanjaan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat
pertunjukan, pengurusan membuat pertunjukan, pengurusan ahli-ahli kumpulan, dan
sebagainya, memerlukan satu sistem pengurusan yang cekap. Penglibatan bangsawan
ke dalam satu organisasi yang bergerak luas, malah hingga ke luar negeri, dan
bertujuan komersial, adalah suatu perkara baru dalam sejarah perkembangan
kesenian Melayu.
Salah satu factor yang menjadikan teater bangsawan popular ialah seni
suara dan bahasanya. Pelakon-pelakon tidak menggunakan mikrofon dalam
pementasan .Oleh itu ,suara mereka harus dilantangkan sekuat mungkin supaya
didengari penonton tetapi lantangan itu tidaklah sampai ke tahap jerit.
Kebanyakan cerita bangsawan berkisar di kawasan istana dan golongan atasan
.Jadi,pelakon-pelakon menggunakan bahasa istana yang bernunga dan penuh beradat
. bahasa-bahasa yang sedemikian menyababkan pengucapan menjadi tidak realistic
,seolah-olah macam diadakan ,tetapi mencerminkan cirri-ciri konversionalDalam teater
bangsawan, Bahasa Melayu Riau dan bukan Bahasa Baku digunakan . Penggunaan
bahasa Melayu Riau lebih halus dan lembut dapat menampakkan cirri-ciri
kebangsawannannya .Ketika di dalam adengan yang sedih ,wira dan wirawati akan
menggunakan dua cara pengucapan yang berbeza tetapi serentak .Adengan ini
dinamakan “bernasib” di mana mereka menyanyi di dalam emosi sedih dan masa yang
sama mereka saling berdialog. Bahasa-bahasa puitis ialah satu kemestian di
dalam bangsawan. Syair,gurindam,pantun ,seloka merupakan amalan di dalam
bangsawan .
Teater bangsawan menjadi popular kerana seni geraknya yang unit.
Pergerakan dan suaea hamper sama cirinya. Pergerakanya “stylized” , cara
bergerak yang menarik dan cara lakonan yang “highly elevated “ atau dilampaukan
dan melebihi sepatutnya .Keperihalan ini mungkin disebabkan penonton yang ramai
dan jauh di belakang. Cara yang “stylized” dan berlebihan akan menguatkan
maksud aksi .Walaupun pergerakannya lampau tetapi masih natural dan selesa.
Pergerakan yang dilaksanakan tidak ditentukan oleh motivasi tetapi lebih
tertumpu kepada pattern pergerakan dengan ruang yang ada. Pelakon-pelakon akan
cuba memposisikan tubuh mereka secara depan penuh kepada penonton,pertalian
aksi di kalangan watak sukar dicapai. Rata-rata posisi tubuh pelakon ialah
depan penuh atau profil. Pergerakan besar mungkin terbatas kalau system
tatacahaya yang serba kekurangan. Sumber tatacahaya ialah lampu
“gasoline”.Ruang lakon akan menjadi kecil disebabkan penggunaan lampu yang
sebegitu . Jadi , keterbatasan ini menyebabkan tumpuan lebih kepada pengucapan
dan bahasa .Fokus fizikal kepada bahagian tubuh badan,muka, tangan dan
lengan.Pergerakan adalah lambat dan tidak drastic kerana kebanyakan cerita
berkisar di dalam istana .
Teater bangsawan menjadi popular kerana
muzik yang digunakan bukan hanya
melalui alat muzik, juga melalui rima bunyi, cara bunyi – bunyian
diorkestrasikan untuk menjadikan bunyian drama itu dipaparkan menjadi jeritan,
tangisan, hentakan, bunyi percakapan, dan bunyi hujan. Muzik juga digunakan
sebagai isyarat kepada pelakon bagi aksi keluar atau masuk pentas, atau isyarat
kepada penonton bagi kesan dramatik, misalnya watak jatuh pengsan, terperanjat,
berduka mahupun bersedih. Muzik dalam Bangsawan diselaraskan mengikut jalan
cerita sama ada muzik Melayu asli atau barat. alat – alat muzik juga
dipengaruhi oleh jalan cerita, misalnya Melayu asli menggunakan seruling,
kompang, dan gendang, manakala barat menggunakan klarinet, piano, dan saksofon.
Teater bangsawan menjadi popular
kerana teater ini berjaya melayan impian dan khayalan penonton secara lebih
luas dan nyata. Bangsawan telah menggarap sensasi asas manusia berhubung dengan
pembebasan desakan seksual melalui gambaran-gambaran percintaan bebas, hubungan
bebas lelaki perempuan, kostum yang mendedah aurat dan tarian-tarian serta
lagu-¬lagu yang sensasional. Melalui bangsawan, penonton dapat melepaskan
keinginan untuk menjadi hero atau heroin dalam kehidupan mereka dengan
mengidentifikasikan diri mereka dengan bintang-bintang pelakon pujaan.
Selain itu, teater bangsawan telah menjadi popular kerana terdapat
pihak-pihak tertentu yang berusaha untuk mengembangkannya dan membuat
pemuliharaan terhadap teater bangsawan . Contohnya , Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara (JKKN) mengadakan Program Semarak Bangsawan sebagai suatu usaha
untuk memartabatkan pementasan bangsawan di negara ini. Program ini diadakan
dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program ini juga
merupakan langkah pemuliharaan seni teater bangsawan. Tindakan yang dilakukan
oleh JKKN amat wajar dalam usaha menempatkan semula bangsawan dalam kalangan
khayalak terutama generasi muda. Bangsawan sebagai teater tradisional dan
warisan seni Melayu yang harus sentiasa disuburkan dan berakar kukuh dalam
masyarakat.
Kesimpulannya, teater bangsawan
adalah teater pelbagai atau ragaman kerana terkandung berbagai resepi. Ada
ciri-ciri tradisional dan moden dari segi lakonan, nyanyian, tarian ,lawak
jenaka,pantun,syair ,bernasib dan adegan-adegan fizikal yang mengkagumkan.
Penonton tidak akan kecewa kerana cirri-ciri semua ini dapat memenuhi slot yang
diminatinya.Setiap kumpulan bangsawan memerlukan ramai artis dengan
pengkhususan masing-masing untuk menghidangkan setiap elemen ini.Setiap
kumpulan bangsawan mengandungi berpuluh orang anggota dan berbelas lori untuk
membawa peralatannya.Oleh itu,setiap kumpulan yang mengadakan persembahan
mereka di sesebuah tempat memakan masa berbulan-bulan lamanya.
No comments:
Post a Comment