Pages

Monday 11 May 2015

Observation

In my theater class,we always have a lot of activities that other courses don't do. And it is quite weird. We  are more to practical instead of keep looking at the books.So,here is the activity we did in our class....which was finding a car and observe it. Well, maybe you can just read it and imagine how was the car looked like.


                        Dalam perjalanan di luar pusat pengajian seni , saya ternampak sebuah kereta Myvi . Kereta Myvi ini berwarna orange . Cermin kereta tersebut telah meletakkan kaca filem tingkap dan keratanya diletak di bawah pokok . Hal ini menunjukkan pemandu merupakan seorang yang takut kepada panas . Plat number kereta tersebut ialah PLS 7474 . Ini menunjukkan pemandu kereta ini ialah orang Penang kerana number plat keretanya mula dengan “ P ”.Selain itu , pemandu kereta ini merupakan orang Melayu kerana number keretanya terdapat number kegemaran kaum Melayu iaitu “ 4 ” .Kereta ini tidak mungkin memiliki kaum Cina kerana number kereta “ 7474 ” ini dalam bahasa cina bermaksud “ kematian ” .
                         Pemandu ini merupakan seorang lelaki yang bekerja di dalam pejabat Pusat Pengajian Seni . Dia berusia 35 tahun  manakala isterinya berumur 30 tahun dan sebagai seorang suri rumahtangga . Mereka menpunyai seorang anak sahaja yang berumur 5 tahun .Pemandu ini merupakan golongan yang berpendapatan sederhana dalam masyarakat .  Pemandu ini memakai cermin mata dan dia akan memakai cermin mata hitam semasa memandu . Ketinggian pemandu ini ialah 175 cm dan berat badannya  sebanyak 65kg . Dia merupakan seorang yang menjaga kesihatan badan sendiri . Kereta yang dipandu oleh pemandu ini menpunyai lima tempat duduk  dan isterinya akan selalu duduk di belakang kereta bersama anaknya . Kusyen kereta ini merupakan kusyen asal dan ini menunjukkan bahawa pemandu merupakan seorang yang berjimat-cermat kerana dia berasa tidak perlu menukar atau membeli benda yang tidak memerlui asalkan benda itu masih boleh guna lagi . Kereta tersebut tidak menpunyai sebarang patung yang di dalam kereta kerana pemandu tersebut tidak suka terhadap benda yang berbunga-bunga. Pemandu merupakan seorang yang mematuhi kepada peraturan . Hal ini disebabkan pemandu ini meletakkan keretanya di dalam petak letak kereta dengan baik. Selain itu , pemandu sangat mematuhi kepada undang-undang dengan meletakkan setem meletak kereta . Pemandu juga menpunyai setem USM kerana dia risau bahawa  keretanya  akan  diapit oleh Jabatan Keselamatan kereta .
 
Pemandu merupakan seorang yang menjaga kebersihan . Keretanya tidak kotor dan bersih seperti baru beli 2 bulan sahaja . Pemandu akan mencuci keretannya satu kali satu bulan . Dalam keretanya tidak menpunyai sebarang benda yang terletak di atas tempat duduk . Dia merupakan seorang yang kemas dan pandai menjaga barang kerana di dalam keretanya nampak kemas dan tidak menpunyai sebarang calar . Pemandu kereta ini akan  bekerja pada pukul 8 a.m hingga 5 p.m . Semasa rehat , pemandu tersebut akan memakan di kedai makan yang dekat dengan tempat kerjanya iaitu Subaida . Makanan kegemaran dia di Subaida ialah roti planta dan roti telur . Dia kurang memandu kereta dan makan di luar kawasan sekolah kerana susah mencari paking di sekolah semasa balik dari luar .Pemandu tersebut suka mendengar dan menyanyi lagu . Dia akan mendengar sambil menyanyi lagu semasa dalam perjalanan balik ke rumah . Hal ini disebabkan dalam keretanya terdapat beberapa keping CD . 
           Selain itu,pemandu merupakan seorang yang berhati-hati dan teliti . Hal ini disebabkan dia meletakkan setem “road tax ” di tempat yang boleh Nampak dengan jelas. “Road tax” kereta ini akan berakhir pada 20 Oktorber 2015 . Ini juga menbuktikan lagi pemandu ini merupakan pemandu yang sangat mematuhi kepada undang-undang .

No comments:

Post a Comment